Saturday, August 31, 2013

Comment About "Merdeka"


Kindly Bookmark and Share it.
Twitter Facebook Technorati Digg This Stumble Stumble

Salam sekalian.

Permulaan ayatnya...Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 56 tahun pada 2013...Temanya kepada yang belum tahu dan yang langsung tak nak ambik tahu ialah “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku”.

Dan logonya kat bawah...











Sebut je pasal ayat "MERDEKA" ni...selalunya mesti seronok kan...apa taknya, masing-masing mesti pernah ada pengalaman sebut "MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!"...

Jadi...saya nak huraikan sedikit ayat "MERDEKA" mengikut citarasa saya hasil dari pengamatan selama ini.

Merdeka 1 : "MERDEKA!"...sebut dan laungkannya bila hari kemerdekaan la kan, pada 31 Ogos tiap-tiap tahun. Tu pun kalau korang ingat la bila hari merdeka...Semangat ke nak laungkan merdeka ni? Baguslah kalau bersemangat...Jangan bersemangat sebab lain...Sebab malam merdeka mak bapak kasi keluar sebab cakap nak pergi Dataran Merdeka...Nak sambut malam merdeka...Padahal berkepit kejenye...Merempit kejenye...Ke hotel kejenye...Racing kejenye...Lokap polis lastnya...Van jabatan islam lastnya...Accident lastnya...Hospital la jawabnya...

Merdeka 2 : "MERDEKA!"...yang ni sebut bila keluar dewan peperiksaan paper last...terloncat-loncat...seronok la gamaknya...takpe lah nak seronok sebab dapat jawab dengan baik semua paper...sebab dah study dengan jayanya...memang layak la nak terloncat-loncatnya...jangan nak lebih-lebih kalau gayanya belajar pun ntah ke mana...buku nota pun tak baca...fikir-fikirkanlah...

Merdeka 3 : "MERDEKA!"...yang ni ramai2 laungkan lepas habis dan berjaya bayar langsai PTPTN ye.....MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!...Adakah anda pembayar setia???...Saya hehehe ;)...

P/s: Bila la agaknya nak merdeka yang nombor "3" tu...anda ada kisah merdeka anda? sama2 lah berkongsi dengan komen k...

0 comments:

Post a Comment